Saturday, March 5, 2011

"kerjaya bidang farmasi dimalaysia"


kerjaya bidang farmasi
Oleh Rosniza Mohd Taha
yoniza@bharian.com.my
2010/07/29

FARIDAH (dua dari kanan) memberi penerangan prosedur pemberian ubat kepada Penolong Pegawai Farmasi PPUKM.
FARIDAH (dua dari kanan) memberi penerangan prosedur pemberian ubat kepada Penolong Pegawai Farmasi PPUKM.
Harus peka maklumat ubat, beri kaunseling kepada pesakit

TANGGAPAN umum tugas ahli farmasi hanya memberi ubat kepada pesakit sedangkan tanggungjawab Penolong Pegawai Farmasi yang ditempatkan di kaunter lebih kompleks.
Peranan ahli farmasi lebih tertumpu kepada terapi ubatan iaitu memastikan ubat diberikan kepada pesakit dan orang ramai selamat, berkesan dan berkualiti serta memberi maklumat seperti kebaikan dan kesan sampingannya.

Mereka bertanggungjawab melindungi pesakit daripada ubat merbahaya, iklan ubat memperdayakan dan amalan perubatan yang salah menerusi penguatkuasaan akta dan peraturan berkaitan.

Ahli farmasi juga bertanggungjawab mengenalpasti masalah pengambilan ubat pesakit dan cuba sedaya upaya mencari jalan penyelesaian kepada kesan sampingan dihadapi seperti alahan.

Ketua Jabatan merangkap Pengurus Farmasi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Faridah Md Yusof, berkata antara rutin ahli farmasi adalah memberi kaunseling mengenai ubat kepada pesakit dengan menjelaskan cara pengambilan ubat yang betul, memaklumkan kesan sampingan mungkin dialami, cara penyimpanan ubat serta makanan perlu dielak apabila mengambil sesetengah ubat.

Ahli farmasi yang berkhidmat di hospital, katanya, akan turut ditempatkan di wad untuk menjalankan aktiviti farmasi klinikal termasuk memantau pengambilan ubat pesakit seperti menyaring ketepatan dos, ubat yang betul dan kekerapan pengambilan ubat yang sewajarnya.
“Mereka juga akan mendapatkan maklumat sejarah pengambilan ubat pesakit bagi memastikan tiada alahan dan memastikan pesakit tidak mencampur adukkan pengambilan ubat tradisional dengan ubat hospital kerana ia boleh mendatangkan kesan sampingan.

“Kini, aktiviti ahli farmasi juga kian berkembang apabila turut memberi perkhidmatan ‘Medication Therapy Adherence Clinic’ iaitu memberi kaunseling kepada pesakit sebelum mereka berjumpa pakar atau pegawai perubatan bagi memastikan tahap pematuhan pesakit terhadap ubat diambil,” katanya.

Faridah berkata antara tugas lain dijalankan ahli farmasi di hospital adalah membuat pembelian ubat, memastikan pesakit diberikan ubat yang betul serta memastikan proses pemberian ubat berjalan lancar iaitu masa menunggu maksimum 20 minit mengikut saranan Kementerian Kesihatan.

Beliau berkata antara cabaran dihadapi ahli farmasi kini adalah melaksanakan sepenuhnya Kempen Kenali Ubat Anda iaitu memastikan pesakit mengetahui nama ubat serta mengamalkan cara pengambilan betul termasuk dos, masa dan ubat yang betul.

“Ahli farmasi juga perlu memainkan peranan bagi meningkatkan kesedaran pengguna agar hanya mengambil ubat dari sumber boleh dipercayai seperti pegawai perubatan, klinik dan farmasi serta menghindari ubat dijual di kaki lima atau kedai runcit,” katanya.

Katanya, peluang pekerjaan ahli farmasi bukan saja di hospital, malah boleh berkhidmat di farmasi komuniti pusat beli belah, pensyarah, pengurus produk di syarikat farmaseutikal, pegawai penguat kuasa Kementerian Kesihatan serta pegawai penyelidik.

“Potensi kerjaya sebagai ahli farmasi adalah cerah kerana kerajaan kini dalam usaha mengurangkan nisbah penduduk kepada ahli farmasi daripada 1:4,335 kepada 1:2000.

“Persatuan Farmasi Malaysia juga dalam usaha mendapatkan ‘Dispensing Right’ ahli farmasi bagi membolehkan lebih banyak Farmasi Komuniti dibuka sekaligus membuka lebih banyak peluang pekerjaan bagi graduan bidang ini,” katanya.

Kelayakan akademik bagi menjadi ahli farmasi adalah Ijazah Sarjana Muda Farmasi dan antara universiti yang menawarkan program ini adalah Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Teknologi Mara serta Universiti Sains Malaysia.

4 comments:

  1. eh...same course la ek?? i'm taking pharmacy too..but,your name sound familiar to me..

    ReplyDelete
  2. macam mana ni...better amek medik kake farmasi...?plis help me...farmasi ape yang best?peluang job kt malaysia byk..?confirm dapt keje?

    ReplyDelete
  3. URGENTLY Registered Pharmacist Needed — Seluruh Malaysia
    Candidate must possess at least a Degree in Pharmacy
    Must be fully registered under Lembaga Farmasi malaysia
    Must be a Malaysia Citizen
    Willing to operate a Pharmaceutical counter in a franchise retail outlet (Lembah Klang)
    Skills – retailing and advisory skills
    Remuneration & Others:
    Package includes monthly salary/allowance base on experience RM5000 - RM8000
    Profit/Commission sharing 50/50
    Flexible working schedule
    No oncall
    Email your inquiry to alib.ilham@gmail.com for more information. or Call me at 0196847918(En. Alib)

    ReplyDelete